SYW501 PENGURUSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN ISLAM
Semester II, 2014-2015
DR. FADZILA AZNI
AHMAD
Bangunan C05, Bilik 119; Tel: 04-653 4603
E-mel: suekainah@yahoo.com;
sukainah@usm.my
PUAN AZRIN IBRAHIM
Annex C13; Tel: 04-653 2910
E-mel:
azrinibrahim.usm@gmail.com
Kuliah: Selasa,
9.30am – 12.30pm
PENGENALAN
Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar
konsep-konsep asas bagi pengurusan institusi pembangunan Islam kerangka Islam
dan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu kritikal yang
berkaitan dengan kepengurusan institusi pembangunan Islam.
Secara
lebih khusus, kursus ini menyorot dan meneliti secara kritis tiga perkara utama
pengurusan institusi pembangunan Islam. Pertama, pengenalan kepada apa itu
pengurusan berteraskan Islam dan institusi pembangunan Islam dan falsafah asas
yang menunjangi pengurusan sesebuah institusi pembangunan Islam; Kedua akan
dibincangkan evolusi teori dan pemikiran pengurusan institusi masa kini serta
perbezaan analitis antara pengurusan institusi secara Barat dan Jepun dengan
pengurusan berteraskan Islam untuk institusi pembangunan Islam; Ketiga,
alat-alat yang diperlukan dalam mengurus sesebuah institusi pembangunan Islam
yang antara lainnya merangkumi perancangan strategik, pengurusan pembangunan
insan dalam institusi, kepimpinan, seni komunikasi dan pengurusan konflik,
pengurusan kualiti, persekitaran dalaman dan luaran institusi serta pengawasan
dalam institusi.
Di
akhir kursus ini, pelajar diharap dapat memahami erti sebenar asas falsafah
institusi pembangunan Islam, prinsip pengurusan berteraskan Islam, asas-asas
mengurus yang merangkumi setiap aspek pembangunan dalam sesebuah institusi.
Pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan kunci utama pengurusan
berteraskan Islam dalam menganalisis aktiviti kepengurusan institusi dan
merancang strategi dalam menyelesaikan masalah kepengurusan institusi.